Friday, August 19, 2011

10 Malam Terakhir Ramadhan

Posted by ♥MALIN♥ at 8/19/2011 11:35:00 AM
Reactions: 
Huisshhh... sungguh berhabuk yer ini blog. Siapa lahh tuan dia kann?? hehe. Nak kata bz sangat tu, takde lah sangat. Tapi cuma takde kelapangan nak buka blogger ni. Banyak benda nak di cerita kan sampai tak tau apa yang nak di masukkan dalam blog ni. Lagipun, macamlah ada orang yang baca blog ni kann?? Diam tak diam, kita dah nak masuk fasa terakhir Ramadhan kan? Rasa sekejap je masa ni berlalu. So, marilah kita sama-sama menghidupkan 10 malam terakhir ni. Kita gandakan amal ibadah kita untuk hari-hari terakhir ni. Kira orang kata all-out lah.hehe. Semalam lepas Isyak, ada sikit tazkirah ustaz kat surau rumah share kan dengan para jemaah. Memang rutin harian ada tazkirah ni, sebelum menunaikan solat terawikh berjemaah. So malam tadi, antara yang ustaz tu sampaikan, banyakkan berdoa lebih-lebih lagi di 10 malam terakhir ni. Antaranya kita berdoa moga dihapuskan dosa-dosa kita yang lepas, insyaAllah Allah akan ampunkan. Mana tahu rezeki kita dapat jumpa malam Lailatulqadar kan (^^,) Ok, ni sedikit info tentang malam Lailatulqadar saya copy, jum kita baca dan dapat input dari artikel ini ok (^^,)

MALAM LAILATUL-QADAR

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "



Petikan dari :
FIQH & Perundangan Islam Jilid II
Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.


0 comments:

Post a Comment

 

A story of the cute bride to be ♥ ♥ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei