Friday, August 19, 2011

10 Malam Terakhir Ramadhan

Posted by ♥MALIN♥ at 8/19/2011 11:35:00 AM
Reactions: 
0 comments
Huisshhh... sungguh berhabuk yer ini blog. Siapa lahh tuan dia kann?? hehe. Nak kata bz sangat tu, takde lah sangat. Tapi cuma takde kelapangan nak buka blogger ni. Banyak benda nak di cerita kan sampai tak tau apa yang nak di masukkan dalam blog ni. Lagipun, macamlah ada orang yang baca blog ni kann?? Diam tak diam, kita dah nak masuk fasa terakhir Ramadhan kan? Rasa sekejap je masa ni berlalu. So, marilah kita sama-sama menghidupkan 10 malam terakhir ni. Kita gandakan amal ibadah kita untuk hari-hari terakhir ni. Kira orang kata all-out lah.hehe. Semalam lepas Isyak, ada sikit tazkirah ustaz kat surau rumah share kan dengan para jemaah. Memang rutin harian ada tazkirah ni, sebelum menunaikan solat terawikh berjemaah. So malam tadi, antara yang ustaz tu sampaikan, banyakkan berdoa lebih-lebih lagi di 10 malam terakhir ni. Antaranya kita berdoa moga dihapuskan dosa-dosa kita yang lepas, insyaAllah Allah akan ampunkan. Mana tahu rezeki kita dapat jumpa malam Lailatulqadar kan (^^,) Ok, ni sedikit info tentang malam Lailatulqadar saya copy, jum kita baca dan dapat input dari artikel ini ok (^^,)

MALAM LAILATUL-QADAR

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "



Petikan dari :
FIQH & Perundangan Islam Jilid II
Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.


Thursday, January 27, 2011

The clock is Ticking......

Posted by ♥MALIN♥ at 1/27/2011 11:48:00 AM
Reactions: 
0 comments
Perasan tak, ade tambah new widget on the right side of this blog (sebelah ni jek :P). As for today, its showing 1 month and 16 days left till the Unforgettable Day!! Seram sejuk pun ade nihh... Tapi Alhamdulillah, banyak major things like borang nikah,hiv test,catering,pelamin,mak andam etc already settle. Tapi tok kadi belum lagi book sebab En.Tunang kena dapatkan pengesahan dari Imam kariah kawasan dia dulu. So this weekend he'll back to his hometown once again, plus taking a leave for about a week. lamanye!! huhuhu...xpelah. He back for good jugak kan, to settle our wedding :) So now yang left, mostly gifts. Untuk main-table,his family side,guests,kids, etc. Susah jugak yerk nak fikir bagi gifts apa (*_*) Looking for yang tak terlalu mahal in d same time tak murah sangat. Maybe foods jugak kot, as if i give benda-benda macam kipas or ape, last2 ade jugak yang x pakai@buang kan. Am i right?? huhu... correct me if im wrong yer :)

Cakap pasal mak andam, saya ambil yang make-up me time tunang aritu. She'd give me really best price (^_~)v !!! Tapi tu laa, sebab i booked pon dah agak lewat, baju sanding takut dia tak sempat siap with fully beads. (pakai new baju... CNY baru hantar taylor dia). Apa2 pun, harap sangat d dress akan siap. huhuh. Pelamin, ambil design yang pernah nampak dalam facebook. Since pelamin akan letak dalam umah, so limited space laa.. As long as it simple, but nice saya dah suka. Kalau nak tengok, tunggu till my W-day :) Luper pulak, my Wed theme will be purple with a lil bit of pinkish+white :) Nak buat pink, tapi tunang hari tu pelamin dah pinky+white kan.. So nak lain cket for my W-day plak (^_^)

Move on to hantaran, semua dah beli. Just tinggal kek+buah and nak decorate semua. Tu, 1-2 week before the W-day, baru buat, kot... sempat ke? harap sempatlaa... Kad, x siap lagi. Tapi dah tempah and will be ready around Feb ni. Baju nikah also dah hantar tempah siap middle of Feb also. Lain-lain preparation, still on going. Hopefully, everything goes well till d DAY, insyaAllah :)

Ok lah, cukup dulu bebelan for today. Nak solat n lunch jap. Lepas ni nak gerak to MOH putrajaya, got meeting there at 2.30 pm. Nak jumpe en.tunang ke x ekkkk sebab dah dekat ofis dia... heheheh.... :P Daa~

Sunday, January 9, 2011

Abangku Masuk Final Lagi!!!

Posted by ♥MALIN♥ at 1/09/2011 02:37:00 PM
Reactions: 
0 comments
Okeyy.. memang saya lambat untuk post ni. Dah sebulan ++ kowtt abang saya a.k.a Faizal Tahir dapat masuk final Anugerah Juara Lagu '10 siap 2 lagu masuk for tonite. Tapi these 2 songs, actually, saya x berapa minat sangat, dunno laa y... Instead of lagu Sampai Syurga, that song memang my top 10 fav songs till now :) But as for tonite nye juara lagu, saya prefer lagu Hanyut to win song of the year (2010), hopefully... dont ask my why i like it (^_~)


HANYUT - FAIZAL TAHIR

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja




Friday, January 7, 2011

Saya Sangat Suka hari Jumaat ♥

Posted by ♥MALIN♥ at 1/07/2011 01:58:00 PM
Reactions: 
0 comments
Evening u olss~!! Its d 1st friday of 2011 already. So fast time flies by kann :) Mood hari ni sangat happy, sebab will do my weekly routine, going back to my hometown Seremban, plus, hari ni saya ada date dengan my En.Tunang, as we almost dont see each other almost a week sebab dia balik kampung (macam laa setahun x jumpa kan :P) En.Tunang dah janji nak celebrate my belated bday, sebab my bday hari tu kan dia kat kampung. huhuhu.. Oklaa,nak counting jam 5.30 pm . Bye2~~~


**Isnin kena gi penang lagi. Tadi dah dpt e-ticket flight from admin. Harap2 ni last, sebab supposed project ni sudah habis. Tapi dunnolaa what prob nye.. haiishhh.Aritu kata dah last...huhuh (*_~)


cantikkan colour flowers dia....
taken from Cindai Classic

Friday, December 31, 2010

Last Post untuk tahun 2010

Posted by ♥MALIN♥ at 12/31/2010 10:22:00 PM
Reactions: 
0 comments
Owhh... esok sudah 2011!!! Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru jerk 2010. huhuh... so korang, how's ur 2010?? Banyak sweet ke banyak sour??? hehehe... mine, blends 2-2 tuh :) Ape-ape pon, syukur for everythings yang saya lalui through out this year. No regret for whatever happened, semua yang terjadi tu, pasti ada hikmahnya kannnn. And yes, like this phrase yang kite biasa dengar tu...


"Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah" :)


Kat facebook, sibuk orang post wish Happy new year, tanya sambut kat mana and etc.... Sepanjang 25 tahun ni, rasanya tak pernah sambut lagi. Selalu sambut atas katil.. hehheh.. tido lagi best. kann?? :P Dalam kul 8.++ tadi my encik tunang dah gerak balik kg dia yang jauh di Kelantan sane.. **klu jumpa khairul fahmi che mat time jalan2 kat bandar tu, kirim salam ekk :P Mode rindu sudah...

En.Tunang : Ayg.. B dah gerak dari opis.. (gi ambil borang nikah yg tetinggal kt opis)
Bdk Cute : Ok b.. drive baik2 tau. igt org yg tersyg. klu ngantuk, benti. klu stop kt mane2, msg ayg tau.. Luv u

(lepas tu dah senyap...xpela.dia tengah drive tu.focus ok... focus! :P)


dalam 10.++, tiba2 henset yg x berapa-nak-canggih-sebab-ade-3g-tapi-xde-wifi nih berbuniy lagu Mizz Nina,


En.Tunang : Luv u too syg.. Baru lepas tol gombak ni. td jem sket.. B sgh toilet jap, nk gerak dah ni..
Bdk Cute : Ok b..

ingatkan dah x reply. huhuhu... Semoga selamat pergi & selamat sampai my buah hati...



Wednesday, December 22, 2010

Status FB hari ni : im sooo happy~~~ ♥ ♥ ♥

Posted by ♥MALIN♥ at 12/22/2010 01:48:00 PM
Reactions: 
0 comments
Situasi - dalam kereta on d way balik ke rumah sewa dari Subang airport (hari tu outstation gi Penang)

Him : pasni kena berjimatlaa..sebab elaun umah dah xde..sebelum ni b duk kat umah puchong, dapat elaun umah sebab duduk luar.. **sape2 yang duk kuarters, elaun umah automatik x kan dapat

Her : nape plak?? b dapat kuarters dalam ke??

Him : a'ah..

Her : ayang ingat, ayang plan duduk puchong tu setahun, then barulaa cari umah @ beli umah lain yang dekat cket..

Him : hehehhe... b tipu je laa... xde kena potong ape2 pon. tadi hand-over projek kat Presint 5. Ade 1 unit tu kontraktor punye. Bos bagi kat b. Tapi suruh b senyap2, jangan bagitau orang lain...

Her : B ni suker main2 kan... (dalam hati berbunga2.. :P) B dah tengok, ok tak? besar tak?

Him : Boleh tahan laa jugak besar dari umah angah (His sister yang duduk kat kat putrajaya jugak tapi lupa plak presint brape :P)

Her : bestu nanti, umah puchong nak watpe? *macam soalan budak darjah 1 plak..
Him : sewa kanlaaa...ape lagi... kalau ade orang nak.. sebab dah jauh ke dalam cket umah tu kan.. harap2 ada laa...

Her : hmm...ok... nanti ayang nak tengok umah tu ea...

Him : ok.. tunggu b bayar deposit dulu, nanti baru diorang bagi kunci

Her : ok... :)

Semalam, En.Tunang dah dapat kunci umah for our new home :) lpas bayar deposit utk 5 bulan And after office hour semalam, we headed to our new home for keje-keje penyucian. Not the whole house laa cuci.. 2 hours kot i guess.. Pukul 9 dah balik. So sempat cuci area master bedroom, toilet master bedroom and toilet kat luar. Owh.. lupa pulak bagitau, our home ni bukanlaa rumah sebijik. Juz an apartment. Cukuplaa kan dulu untuk awal2 ni kan :) Got 3 room and 2 toilet.

welcome to our new home! :)

view dari area lift

view dari main-entrance

hall

kitchen

laundry

master bedroom

master bedroom lagi..

grill..

Hari ni tak sure gi cuci lagi atau tak. En.Tunang cakap tak payah datang, biar dia sorang je buat sebab saya nak datang situ jauh (from equine). Huehue.. so sweet laa En.Tunang saya ni. Tapi tengoklaa macam mana, kalau larat drive balik keje ni, join kot... Kesian pulak kalau dia buat sorang-sorang...

Since his existing home semua barang-barang n perabot rumah dah ada (except queen size bed), so lepas dah siap cuci, tinggal pindah je laa barang-barang tu semua. Tapi still, banyak juga kot nak beli baru, esp. langsir. Hmm... tengah fikir nak beli colour apa nanti ni... **langsir plak dahh...barang-barang kahwin pon tak beli lagi nih..huhuhu....

Sekian laporan untuk hari ini.

Friday, December 10, 2010

Hari Yang Jumaat

Posted by ♥MALIN♥ at 12/10/2010 02:39:00 PM
Reactions: 
0 comments
Banyak benda nak citer, but malas nak type. Huehue. Boleh tak suruh orang lain typekan?? (=_=) Hari ni, masuk hari ke-6 bekerja @ new company. So far, oklahh. Tak banyak lagi kerja-kerja, only attend FAT (factory acceptance test) kat kilang. Yang bestnye habis fat, contractor mestilah bawak makan @ tempat2 yang sedap punyer. Huehue =)

And hari ni, need to catch flight to Penang @ 6.10 pm sebab ade T & C(testing & commissioning) kat site (Hosp.Penang). Selamat tak kena drive sendiri =). Masuk2 kerja tempat baru, dah kena kerja time weekend. Takpelah. Kene biasekan. Huehue..

Nak story pasal Kursus Kahwin haritu, tapi later2 lah. Nak prepare benda utk dibawak petang nih. Then, vrooom2 to Putrajaya, amek Encik Tunang, sebab nanti die bawak balik my bulat orange balik. *Nak minta Encik Tunang basuhkan sekali jugaklaaa...hehehheh~~*

Jumpa next week!
 

A story of the cute bride to be ♥ ♥ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei